Pages

Wednesday 19 October 2011

Allah sentiasa mendengar doa kita.......

aku tak pernah putus asa untuk terus berdoa dan berdoa....harapanku agar suatu waktu aku akan kembali bertugas seperti mula aku ditempatkan....bukan aku tidak menerima perubahan dalam hidup tapi...ahhh, terlalu sukar untuk aku menyatakan...namun begitu aku sedar Tuhan sebenarnya memberikan aku peluang dan aku juga sedar Dia menduga keimananku...rasa puas tercatat jua sebenarnya dalam hati...puas kerana diri mampu menempuh segala cabaran...suka..duka..manis..paht..semuanya sudah ditelan...dan yg lebih puas adalah....tanggungjawab tetap tanggungjawab dan setebal mana hati memberontak untuk kembali ke tempat asal namun setebal itu jua kekuatan untuk terus memikul amanah yg dipertanggungjawabkan dan dilaksanakan jua sedaya yang mampu...tidak sekalu pun aku melalaikan amanah yg diberikan kerana aku sedar jika aku melalaikan aku sebenarnya menggagalkan visi dan misi majikan yang telah aku perakukan dalan akujanji perkhidmatan..oleh kerana itu..suka atau tidak aku kena akur perintah...meskipun begitu pernah satu ketika...tiba satu tahap...demi maruah anak buah...aku perjuangkan segalanya kerana kebenaran tetap dipertahankan dan jangan diri diperlekehkan....berdiri atas keberanian dan keyakinan bahawa kita berada di trek' yang betul....
walau kini aku akan kembali ketempat asal namun aku juga masih yakin
dan pasti...cabaran tetap jua akan dihadapi..namun ianya dalam situasi yang berbeza...inilah kehidupan..memang cabaran dan dugaan itu tidak pernah lepas dalam hidup semua anak Adam di dunia ini...
hari ini...esok atau lusa...aku sentiasa bersedia...kekuatanku adalah padaMu ya Allah..aku yakin Engkau sentiasa bersamaku...

semakam......hari ini dan esok adalah sejarah hidupku.......




Saturday 1 October 2011

Ketabahanmu sumber inspirasiku........

           Hari ini aku disedarkan oleh satu situasi.......ketika makan tengahari bersama 3 org rakan..kami bersembang tentang kerjaya rakan ku ini.....dalam bersembang tersentuh pula hal peribadi.....rakan ku ini rupanya anak yatim.....antara kata-kata rakanku ini........"mamaku sudah lama meninggal kak...masa aku dalam tingkatan 5 lagi....." 
          Tersentuh hatiku..........aku diam seketika.....fikiranku ligat berfikir......ibunya telah kembali ke sisi Allah ketika usianya baru menjangkau 17tahun....
          Selama ini aku merasakan aku antara insan yg serba kekurangan.....insan yang kehilangan ......kerana ibuku telah pergi buat selamanya 4 tahun yang lalu...4 tahun bagiku amat lama...lama ditinggalkan ibu dan terasa amat  lama aku kehilangan dia....kurasakan  jiwa ini kosong  sejak ditinggalkan oleh insan yg amat disayangi......namun hari ini...aku seperti disedarkan dan aku seperti bangkit dari kesedihan ini kerana aku kagum dengan ketabahan dan kekuatan yg dimiliki oleh rakan ku ini...tidak setimpal dgn fizikalnya yg kecil namun dia begitu kuat mghadapi liku-liku hidupnya..mengharungi suka duka sendiri..bayangkan saat-saat dia menghadapi SPM digagahi jua demi membina kehidupan yang diimpikan seperti yang diharapkan ibunya sebelum menutup mata....dibandingkan dgn diriku...saat aku kehilangan ibuku aku sbenarnya masih ada insan yang menjadi nadi dan tulang belakangku iaitu suami dan anak-anak...meskipun begitu aku masih terasa lemah dan pilu...jiwaku masih kurasakan kosong kerana ibu tempat aku mengadu dan dia juga insan yg tidak pernah jemu mendengar rintihanku...
           Hari ini aku seperti tersentak dari mimpi ngeri yg menyelubungi diri ini sekian lama...kerana aku melihat ketabahan rakan ku ini mengharungi hari-harinya bersendirian...tabah dan cekal...dia berjaya dlm kerjayanya dan setapak lagi dia akan bergelar usahawan muda..aku sebenarnya sangat-sangat kagum dengan rakan ku ini....dan apa yang lebih berharga  ketabahan dan kecekalan dia mengharungi hari2nya itu mnjadi sumber inspirasiku....moga aku juga akan tabah dan cekal sepertinya...



Monday 12 September 2011

Pertemuan Yang Dirancang....

Lihatlah pic ni...semua tertawa girang...jelas terpancar kegembiraan di wajah 
masing-masing....20tahun lamanya kami terpisah...akhirnya lebaran 2011 ini membawa seribu makna....


       Bagiku ini adalah hadiah istimewa buat aku dan suami...kerana kami masing2 memiliki memori indah bersama mereka...dan perkara yang mmbuatkan aku tersgt gembira kerana aku dpt btemu dgn abg Kadir dan  mprtemukan dia dgn hubbyku..sorg abg yg bnyk mbantu aku mgenali Islam..kluarga abg Kadir ibarat kluarga kdua aku ktika aku di SMVPLD dlu...
kasih adik dan abang takkan putus...sebenarnya kami terpisah oleh keadaan dan masing-masing mempunyai alasan sendiri untuk menyepi.....
Rakan...sahabat....adik...mereka ini sebahagian dari hidupku pada ketika 20 thn yg lalu...tempat bergurau...bertengkar..dan tak kurang juga org yg sering dimarahi...almaklumlah kita pengawas so kena kawal smua adik2 n rakan seperjuangan....hemmm mcm c Salmah ada cakap...boleh tahan juga garang aku dulu ni ehhh???betulka???aku garang n tegas ka???emmm...biarlah mereka yg jawab...aku tak sedar kot time tu..
1990~ jarak masa yg begitu jauh...rindu pd kenangan lalu...semua orang ada kisahnya dan semua org rindu pd zaman sekolah namun...berbezan dgn aku...disini aku menimba bnyk ilmu yg membina diriku sebagai seorg muslim...serba serbi aku pelajari...dan disini terdapat seribu cabaran yg aku hadapi dlm memperjuangkan agama pilihanku....mereka inilah yg amat mengerti dan tahu kisah tragis yg aku hadapi dan mereka inilah yg mendoakan aku 3 mlm berturut2 dlm solat hajat ketika aku dlm saat2 getir...secara jujurnya aku tak pernah melupakan doa2 mereka utk mbantu aku trus tabah dlm mgharungi saat getir itu...terima kasih teman2..terima kasih guru2 ..terima kasih abg Abd Kadir Umar kerana telah memilih nama Noor Iliani sbg nama muslimku...dan terima kasih suami tercinta kerana tabah bersama ku mghadapi cabaran..dugaan dan tomahan hingga aku akhirnya diterima kembali d sisi keluarga....
 lelaki yg duduk sebelah aku itu tak ubah spt ayahku...dia antara insan yg terlalu baik terhadapku...jasanya padaku hanya Allah saja yg dpt membalas...luhur dan suci...terimakasih ayahnda Hj.Nordin...tidak terluah oleh kata2...
Fizh...Imran..Ain...Neena... insan2 tersayang dlm hidupku....
my darling....insan yg tabah mgharungi pahit getir cabaran hidupku...menyatukan kembali aku dan mereka...tidak mengenal erti cemuhan..tabah...tq dear...


~ semalam....hari ini....dan esok....adalah sejarah hidupku...

Monday 22 August 2011

LAWATAN KPM KE PAPAR By MAJLIS GURU PEMULIHAN KHAS DAERAH PAPAR (Albums) · Updated over a year ago · Taken at SK PEKAN PAPAR

Kenangan manis suatu waktu dahulu ketika bergelar Guru Pemulihan Khas.....ketika mula memegang tugas sebagai GPK pada tahun 2002...hati berdebar-debar..adakah aku mampu melaksanakan tugasan ini..dengan diri yg kekurangan ilmu..maklum latar belakangku ketika di IP Gaya aku adalah dalam opsyen lain ..Pengajian Sekolah Menengah Kemahiran Hidup (Sains Pertanian)...huhuhu..setahun mengajar sekolah rendah aku diberikan pula cabaran sebagai GPK....

aku masih ingat kata2 mantan PK sk Pekan pd waktu itu..Cgu Latip...'nanti saya akan bantu kamu..saya akan bagi panduan...'
dia mmg banyak membantu ttapi aku sendiri kurang yakin dgn apa yg ada dlm diri ini...lantaran itu aku memohon kursus Dalam Perkhidmatan...Pemulihan dalam Bahasa Melayu...pd tahun 2003 aku melangkahkan kaki ke IP Keningau..mencari ilmu demi anak didikku...14 minggu mencari pengalaman dan ilmu...Alhamdulilah dapatla sijil...dan yg paling mustahak..dapatlah ilmu dan tips bgmana mbantu anak2 bermasalah pnp  khususnya 3M...
itulah sejarah bermula bgmana aku terjebak dgn dunia PMU ini...
tak kenal maka tak cinta...dah cinta maka akan lahirlah sayang..bila dah sayang wujudlah rindu...

hari ini bila aku da terpisah dgn dunia pmu ini lahirlah rasa rindu...namun apa yg dpt diluahkan hanya terbuku dihati.....tiadak pernah terlintas dihati membenci tugas murni ini namun...ah..biarkanlah ia bersemadi jauh dalam lubuk hatiku...biar ia hanya tinggal seribu satu kenangan silam....dan biarlah foto2 ini segar dlm ingatanku sebagai tanda aku pernah mencurahkan bakti seikhlas hati ku demi mendidik anak bangsaku....


Kassim Buntak Tahniah Noriss atas kejayaan mu menguruskan Kelas Pemulihan. Tingkatkan lagi usaha mu Noriss.
pada 09hb Julai 2010 pukul 1.08 pagi ·  Seorang

Zaiton Wawan wah lawanya kelas,tahniah
pada 09hb Julai 2010 pukul 7.17 pagi

Kassim Buntak Rakan saya yang sama2 belajar Pemulihan Khas di MPIK EN Sazali Hamid mengetuai rombongan KPM ke SK Pekan Papar. Beliau sangat tertarik dengan Pengurusan kelas tersebut. Tahniah Noriss.
pada 09hb Julai 2010 pukul 4.11 ptg ·  Seorang

terima kasih tuan....semuanya juga adalah berkat tunjuk ajar dan bimbingan tuan...terima kasih juga kpd pihak pentadbiran ,rakan guru sk pekan papar, KTBM serta rakan GPK yang memberikan kjsama yg tulus ikhlas....(Noor Iliani@Noriss)




  • Suyati Sumadi Cantik..ceria..sejuk mata memandang.
    pada 08hb Julai 2010 pukul 4.50 pagi

  • MAJLIS GURU PEMULIHAN KHAS DAERAH PAPAR TERIMA KASIH
    pada 08hb Julai 2010 pukul 5.13 pagi

  • Cygku Ziee Tahniah..., atas persediaan yang cukup baik bagi menyambut lawatan dr KPM......
    pada 08hb Julai 2010 pukul 5.22 pagi




  • MAJLIS GURU PEMULIHAN KHAS DAERAH PAPAR hahaha cgu mt.kasim meredakn keadaan
    pada 08hb Julai 2010 pukul 4.28 pagi

  • Ana Nurbadri msti durg tgh tgk tu aeroplane kn.. mndarat d mna laa tu kapal..
    pada 08hb Julai 2010 pukul 4.50 pagi

  • Rozie John Mejar Sazali jd pemantau utk daerah Papar
    pada 08hb Julai 2010 pukul 5.41 pagi

  • Jumattz Srkwi Taniah...semoga lawatan ini memberikan pandangan yang menarik kpd semua....
    pada 08hb Julai 2010 pukul 5.11 ptg

  • N Aisyah Jb tahniah
    pada 09hb Julai 2010 pukul 5.46 ptg







MAJLIS GURU PEMULIHAN KHAS DAERAH PAPAR salah sorg pnyelia yg sntiasa mberi bimbingan dan tnjuk ajar kpd gkp sk pekan papar...trima kasih kpd cik Rohaya......
pada 08hb Julai 2010 pukul 4.36 pagi


pada 08hb Julai 2010 pukul 4.37 pagi


menyemak instrumen pelepasan


Saturday 13 August 2011

PesTa BisKuT TunJuK...


Picture of KR307 Dubai Chipsmore Espresso


Selamat datang ke KuihRaya2u.com


                               Hehehehe.... da masuk minggu ke dua posa ni kan...tentunta ramai kaum hawa da mula mikir apa ka biskut yg mo ditunjuk utk tahun nie...hihihi(utk diri sendiri sbnarnya....)  so aku pun carilah maklumat ni mana tau bule share ngan gings yg sama peel dgn aku ni....
                                  tahun ni mo ubah cita rasa la kunuk...cari biskut yg alum parnah dirasa...kot2 nyaman hahahah...ok mana2 gings yg mo oder..cua lait ala ini...mana taw ngam di atie..bule mgudar..hahaha
            ok slamat meliat....
Penjualan kuih raya 2011 mulai sekarang. Sila merujuk kepada cara orderan dan cara pembayaran untuk kuihraya2u.com. KuihRaya2u.com mengumpulkan koleksi kuih raya dari supplier kampung dan membekal kepada sesiapa yang minat. Dengan harga yang patut, anda boleh menikmati segala kuih-muih dari seluruh Malaysia!
Kami menyediakan jenis-jenis hand-made kuih raya dan menerima tempahan dari pelanggan-pelanggan kami mulai sekarang. Anda boleh  membuat order secara online melalui shopping cart kami.
Terima kasih.

Monday 8 August 2011

KeluHan Rasa HaTi...

      apa yang terbuku dihati sememangnya tiada siapa yang tahu...hanya aku dan Tuhanku... apa jua yg dihadapi tentunya akan tersemat di dalam hati sebagai satu rahsia yang tidak akan tersingkap selagi mulut terkunci...apa jua yg aku lakukan adalah melibatkan prinsip hidupku yang tidak akan goyang meski apa jua yg akan berlaku dan meskipun ada hati yang akan terluka walaupun dia adalah orang yang aku syangi..kerana ini melibatkan pegangan dan prinsip hidupku...hanya satu yg aku harapkan agar dia' menghormati prinsip dan pegangan hidupku kerana aku sedar aku tidak akan merosakkan akidah ku hanya demi kerana seorang sabahat ...rakan...kawan   mahupun  sebagai  seorang  kekasih...fahami aku.....biar sejauh mana kasih dan sayang namun jika ia melanggar prinsip hidupku aku tak akan mengubah pendirian........................

Sunday 7 August 2011

sambungan....Antara Kelebihan solat tarawih



Kelebihan Malam Ke-8
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
Kelebihan Malam Ke-9
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
Kelebihan Malam Ke-10
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
Kelebihan Malam Ke-11
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
Kelebihan Malam Ke-12
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
Kelebihan Malam Ke-13
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
Kelebihan Malam Ke-14
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
Kelebihan Malam Ke-15
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Kelebihan Malam Ke-16
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
Kelebihan Malam Ke-17
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Kelebihan Malam Ke-18
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
Kelebihan Malam Ke-19
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Kelebihan Malam Ke-20
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
Kelebihan Malam Ke-21
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
Kelebihan Malam Ke-22
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
Kelebihan Malam Ke-23
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
Kelebihan Malam Ke-24
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut
Kelebihan Malam Ke-25
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
Kelebihan Malam Ke-26
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
Kelebihan Malam Ke-27
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
Kelebihan Malam Ke-28
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
Kelebihan Malam Ke-29
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
Kelebihan Malam ke-30
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Saturday 6 August 2011

DI SEBALIK PERTEMUAN


Demikianlah, pertemuan tidak seperti yang dijangka
pada masa yang sama mencanai semula rindu, bermakna
membiarkan waktu berlalu lagi, dan kita berada di antara
pintu-pintunya yang terbuka menanti pesona mimpi-mimpi yang sama.

Apakah yang ingin diimpi kini jika bukan kesempurnaan
yang kerap digarap dan ditatap seutuh pengabdian
sesekali cuba menjahit segala robek pahit
menggalas cemas di bibir fikir:
tak upaya menjangka atau menjangkau upaya yang sedikit
melampaui kesempurnaan yang bukan pasti dimiliki
kerana sangka atau alpa.

Kedewasaan mengajar erti ketabahan
sama ada perlu dilalui atau tidak
bukan ada jawapan saat ini, memaknakan jawapan
bukan lagi di sini, memaknakan jawapan terletak
pada qada dan qadar Tuhan
kita hanya mampu merencana, merangka-rangka kebenaran
yang ingin ditegakkan
walaupun akhirnya hampa, tetapi bersyukurlah
kerana masih ada waktu untuk menafaskan pertemuan-pertemuan lain
yang baru jika kita mahu dan kita melaluinya, walaupun harus
berulang-ulang, kerana di situlah teruji jati diri
mekarnya ketabahan, menguntum bunga uji di halaman mimpi-mimpi
yang telah dibela dan dihargai seteguh hati.

IPS, KOTA KINABALU,
1997. 

Friday 5 August 2011

akibaT tiDur PetanG........

lucu bila dikenangkan....peristiwa semalam...hahahah...benarlah kata orang tua2...jangan suka tidur petang....sesuatu lucu berlaku dlm sejarah idup aku...hehehehe...
     dek terlalu letih ....balik kerja slpas mnunaikan solat asar aku mandi...pas mandi aku baring atas katil...sampailah terlelap....
     bila aku terjaga aku mamai2....aku mjadi cemas...'.alamak.. .dah lewat ni.! aku melihat jam ...6.04....aku mengelabah.... aku dah lewat nak g kerja ni.....aku mencapai segala apa yg tercapai...aaaaaaaaaa....ttpi aku terlihat  awan gelap diluar tingkap.....hahahahahaaaaa...aku dduk sejenak..aku bfiqir...aku melihat ke luar...ttbiba aku tdgar suara org mengaji...aku dduk smula...melihat jam d hp...06.22pm....wakakahhhhh,,,,,,petang rupanya!!!!!!

Thursday 4 August 2011

terima kasih teman atas persahabatan ini..........

 
          Bertali arus dugaan ini tiba..telah bertakung sebak air mata di dada ini...namun  tak pernah   setitis pun gugur berderai dihadapanmu...aku cuba sembunyikanya..kerana aku tak mahu kau tahu kelemahanku...

          Tidak ditempah hidup sengsara seperti ini...namun ini semua suratan takdir...menongkah badai bergelora...aku redahi jua walaupun bersendirian....

aku b
agaikan camar pulang senja....walaupun patah sayapku namun ku tetap terbang jua..Sekadar secicip rezeki...buat yang sedang rindu menanti akan diriku...


               Segenggam tabah dipertahankan....buat bekalanku  di perjalanan
Kau bebat lukaku  yang berdarah...Kau baluti hati yang telah calar

Telah tertulis suratan nasibmu....Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyumku di bibir lesu....Tak siapa tahu...hanya aku dan Tuhanku

Biarpun keruh air di hulu....Mungkinkah jernih air di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu...aku Pasti bertemu tenangnya...di suatu hari nanti..........

      Sahabatku Jalls..terima kasih atas persahabatan ini...suka mmg slalu bersama namun ketika ku berduka  kau sering mendekatkan dirimu dgn mberikan kata2 semangat dan kekuatan utk tabah mgharungi hari2 yg mendatang...disamping sering mengingatkan aku utk mndekatkan diri dengan Tuhanku...
                                      terima kasih sekali lagi temanku............Jalls..








>> my fren Jalls....