Pages

Saturday 1 October 2011

Ketabahanmu sumber inspirasiku........

           Hari ini aku disedarkan oleh satu situasi.......ketika makan tengahari bersama 3 org rakan..kami bersembang tentang kerjaya rakan ku ini.....dalam bersembang tersentuh pula hal peribadi.....rakan ku ini rupanya anak yatim.....antara kata-kata rakanku ini........"mamaku sudah lama meninggal kak...masa aku dalam tingkatan 5 lagi....." 
          Tersentuh hatiku..........aku diam seketika.....fikiranku ligat berfikir......ibunya telah kembali ke sisi Allah ketika usianya baru menjangkau 17tahun....
          Selama ini aku merasakan aku antara insan yg serba kekurangan.....insan yang kehilangan ......kerana ibuku telah pergi buat selamanya 4 tahun yang lalu...4 tahun bagiku amat lama...lama ditinggalkan ibu dan terasa amat  lama aku kehilangan dia....kurasakan  jiwa ini kosong  sejak ditinggalkan oleh insan yg amat disayangi......namun hari ini...aku seperti disedarkan dan aku seperti bangkit dari kesedihan ini kerana aku kagum dengan ketabahan dan kekuatan yg dimiliki oleh rakan ku ini...tidak setimpal dgn fizikalnya yg kecil namun dia begitu kuat mghadapi liku-liku hidupnya..mengharungi suka duka sendiri..bayangkan saat-saat dia menghadapi SPM digagahi jua demi membina kehidupan yang diimpikan seperti yang diharapkan ibunya sebelum menutup mata....dibandingkan dgn diriku...saat aku kehilangan ibuku aku sbenarnya masih ada insan yang menjadi nadi dan tulang belakangku iaitu suami dan anak-anak...meskipun begitu aku masih terasa lemah dan pilu...jiwaku masih kurasakan kosong kerana ibu tempat aku mengadu dan dia juga insan yg tidak pernah jemu mendengar rintihanku...
           Hari ini aku seperti tersentak dari mimpi ngeri yg menyelubungi diri ini sekian lama...kerana aku melihat ketabahan rakan ku ini mengharungi hari-harinya bersendirian...tabah dan cekal...dia berjaya dlm kerjayanya dan setapak lagi dia akan bergelar usahawan muda..aku sebenarnya sangat-sangat kagum dengan rakan ku ini....dan apa yang lebih berharga  ketabahan dan kecekalan dia mengharungi hari2nya itu mnjadi sumber inspirasiku....moga aku juga akan tabah dan cekal sepertinya...



No comments:

Post a Comment